Tuesday 1 May 2012

BICARA HATI


Hari ni masuk hari ke-11 berada di kampung halaman. Menunggu saat melahirkan seorang khalifah Allah di muka bumi ini. Perasaan yang bercampur baur hanya Allah SWT sahaja tahu. 

Siapa yang tidak RISAU meninggalkan kelas yang masih rancak berjalan di kampus UPSI, meninggalkan tugasan yang masih bersisa dengan ahli kumpulan yang lain, memikirkan beberapa kuiz yang belum terlaksana, assessment keyboard dan gamelan yang tertunda..... Ya Allah! Tabahkanlah hati hambamu ini..

Kaki dan tangan kejap bengkak kejap surut, jalan pun dah xberapa betul~ bc artikel, itu semua tanda2 awal nak bersalin, tapi berapa hari awal? Hmmm.....terasa tertekan dengan keadaan ini, cuba positifkan diri dan mengingatkan diri bahawa ini antara ujian Yang Maha Esa. 

Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.


Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.
Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)




SEMOGA DIRI INI BEROLEH KEKUATAN YANG HAKIKI









No comments:

Post a Comment