Wednesday 11 April 2012

19 Mac 2012 (Isnin)


Saya dan KhairulLiyana ke tadika di Sg.Buloh. Tujuan  murni kami adalah untuk menyiapkan tugasan Mathematics For Young Children. Selepas mendapat doa, restu dan keredhaan dari ahli kumpulan yg lain, mereka setuju jika kami berdua je ke tadika tersebut. Ini kerana masalah kekangan masa dan mmg tiada masa untuk pergi ke tadika bersama-sama. Dengan semangat yang berkobar-kobar, bertolak dari Sepang pukul 6.30 pagi dan tiba di Sg.Buloh tepat 8.30pagi. Tiba di Sg. Buloh, kami terus ke tadika berhampiran.
Okeh! First impression tgk cikgu dia hati dah berbisik something wrong somewhere hihi. Cikgunya seakan terkejut dgn kunjungan mengejut kami. Tapi itu bkn persoalan. Sebelum2 ni, tadika n taska sambut kami ok je. Tiada riak takut mahupun janggal dengan ketibaan kami.
Melihat persekitaran tadika, hati macam terkedu. Seorang cikgu yang kelihatan mengawasi murid yang seramai 20 orang lebih kurang. Agak merbahaya dibiarkan bermain tanpa pengawasan. Bila nmpk cikgu kami terus bagi salam dan nyatakan tujuan kami ke tadika tersebut… cikgu tadika tu mntk masa untuk inform kat pengurus.. ambil masa lebih kurang 15 minit dan keputusannya kami perlu datang hari lain. OKEH!!


Balik TM dan terus search ….banyak perkara perlu tahu sebelum buka tadika =)

 

Tatacara Penubuhan Prasekolah Swasta (Tadika)


Lokasi
Sebuah tadika hendaklah berada di kawasan yang kondusif untuk pengajaran, pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak mengikut kriteria-kriteria berikut:
  • Tempat yang selamat daripada risiko kemalangan dan kecederaan dan   terjamin keselamatan,
  • Jauh dari pusat hiburan,
  • Udaranya bersih dan nyaman,
  • Tidak diganggu oleh pencemaran bunyi dan
  • Mendapat kebenaran bertulis jiran terdekat jika premis di kawasan perumahan – jiran bersebelahan, hadapan dan belakang (kiri dan kanan) premis
Premis
  • Tiap-tiap premis hendakalah diperiksa dan disokong penggunaannya oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan khususnya, Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.
  • Tingkat bawah adalah digalakkan tetapi bangunan bertingkat-tingkat boleh diperitmbangkan sekiranya ia memenuhi piawaian keselamatan berhubung dengan tangga, beranda dan pintu kecemasan dan apa-apa peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
  • Bangunan tadika hendaklah di dalam keadaan baik, bersih, cantik dan dicat di luar dan di dalam supaya kelihatan menarik dan sesuai bagi perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.
  • Syor pihak berkuasa tempatan mengenai bilangan kanak-kanak untuk setiap bilik darjah/kelas dipatuhi.
  • Tiap-tiap tadika hendaklah mempunyai ruang yang mencukupi untuk sudut-sudut pembelajaran, pelbagai jenis permainan dan sukan, kemudahan-kemudahan rehat dan tandas dengan mengambilkira bilangan dan umur kanak-kanak.
  • Kegunaan kontena sebagai bilik darjah tidak dibenarkan.
  • Kemudahan-kemudahan pendidikan khas diadakan jika ada kanak-kanak kurang upaya.
  • Premis agama boleh dipertimbangkan tetapi ini tidak termasuk tempat khas beribadat.
  • Premis tadika tidak boleh dijadikan tempat tinggal.
Keselamatan
  • Bangunan tadika hendaklah dalam keadaan selamat dan bahan binaannya bukan daripada bahan mudah bakar.
  • Hendaklah mengadakan sekurang-kurangnya 2 buah pintu keluar bangunan dan pintu tersebut hendaklah mudah dibuka tanpa halangan.
  • Jerajak besi yang dipasang di tingkap bilik hendaklah boleh dibuka jika berlaku kecemasan/kebakaran.
  • Dapur hendaklah diasingkan, terutama apabila menggunakan LP Gas.
  • Alat pemadam api hendaklah diadakan mengikut syor Jabata Bomba dan Penyelamat.
  • Perabot, alat permainan dan bahan-bahan lain yang digunakan tidak membahayakan.
  • Semua punca kunci elektrik hendaklah sama ada tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau dilindungi secukupnya.
  • Kolam renang atau tempat yang boleh menampung air hendaklah dalamnya mengikut ukuran yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Kawasan tersebut berpagar.

No comments:

Post a Comment