Wednesday 18 April 2012

Keperluan Ruang untuk TASKA


Keperluan bagi TASKA adalah berbeza dengan keperluan ruang di Tadika. Ini kerana, keperluan umur mereka yang berbeza. Entri kali ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam proses penyediaan proposal.


Taska merupakan singkatan daripada ‘Taman Asuhan Kanak-kanak’. Mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 seksyen 2 mentakrifkan Pengurusan Taska sebagai mana-mana premis yang masuk 4 orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, lebih dari satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. Di bawah Seksyen 5 akta yang sama membahagikan taska kepada 2 kategori iaitu TASKA rumah yang menerima kurang dari 10 orang kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Ruang Dapur dan Penyediaan Makanan
Mengikut buku Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Fizikal oleh PERMATA NEGARA, ruang dapur bagi sesebuah taska mestilah dengan keluasan minima (10’X10’).  Penyediaan makanan pula mempunyai dua kaedah iaitu penyediaan memasak atau penyediaan makanan oleh pembekal.  Walau apapun cara penyediaannya, sesebuah dapur hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan dapur seperti :

·        Kabinet pasang siap kekal (built in cabinet) bahagian bawah dari bahan kayu keras MDF Board serta aksesori.
·        Kitchen top dengan kemasan jubin tahan lasak.
·        Sinki berkembar dengan 2 paip air.
·        Rangka pintu kabinet bawah hendaklah 6 inci dari paras lantai.
·        Kabinet pasang siap atas berpara dan berpintu cermin.
·        Dapur (hob) dan penyedut asap dapur (hood) siap terbina.

Ruang Bilik Air

Menurut Anita Rui Olds (2001), terdapat 2 komponen utama yang ada di dalam ruang bilik air iaitu tandas dan tempat menyalin lampin/pakaian (diapering area).  Berikut contoh gambarajah ruang bilik air bagi taska:



Tandas
Sekurang-kurangnya terdapat dua buah tandas kanak-kanak iaitu dua tandas cangkung atau dua tandas duduk atau satu tandas duduk dan satu tandas cangkung. Ini adalah bagi membolehkan dua orang kanak-kanak ‘duduk’ atau menggunakannya pada masa yang sama.



Tandas haruslah mudah digunakan oleh kanak-kanak agar mereka dapat melihat rakan-rakan lain yang bermain berbanding rasa menyendiri atau diabaikan dari aktiviti kumpulan. Kebiasaannya, tandas kanak-kanak berukuran 11 inci tinggi atau tandas biasa dengan tangga @ adjustable seat. Kanak-kanak kurang upaya pula sesuai menggunakan potty chair  (Anita Rui Olds, 2001).






 

Diapering Area          

Diapering adalah merujuk kepada aktiviti menyalin lampin dan pakaian bagi bayi atau infant (berusia kurang 12 bulan).




Ruang Luar / Ruang Permainan

  Menurut Anita Rui Olds (2001), mengenai ruang luar adalah bergantung kepada   
  ciri-ciri berikut.

1. Keperluan keluasan kaki persegi
Setiap kanak-kanak layak diberikan ruang luar bilik untuk bermain dengan gembira. Kebanyakkan negara memerlukannya dan ruang standard yang ditetapkan oleh NAEYC iaitu 75 kaki persegi minimum/individu pada satu-satu masa. Namun, 100-200 kaki persegi/individu adalah lebih baik dan bersesuaian mengikut faktor cuaca yang baik. Bagi taska yang mempunyai ruang luar taska yang minimum, APHA menetapkan pada Panduan AAP membolehkan pengecualian iaitu bagi bayi (0-18bulan) keluasan minimum adalah 33 kaki persegi manakala untuk bayi (18-24 bulan) minimum adalah 50 kaki persegi. Pemilihan lokasi alternatif  juga digalakkan sekiranya perlu.

2. Lokasi alternatif
Semakin pendek jarak pejalan kaki, semakin luas kawasan yang diperlukan bagi membantu memastikan kanak-kanak dapat bermain diluar bilik dan mereka tidak terkecuali dari faktor cuaca dan persekitaran. Taska desa biasanya menggunakan laman luar berasaskan kebun, rumah kaca, hutan, tepi tasik dan taman rekreasi sebagai kawasan luar mereka berbeza taska di bandar menggantikan ruang luar seperti muzium, taman-taman, zoo, tempat-tempat menarik seperti sejarah atau etnik berfungsi sebagai peranan yang sama.

3. Ruangan peralihan
Ruangan peralihan di antara dalam bilik dan luar bilik bergantung kepada keberkesanan ruang bermain di luar bilik dengan dalam bilik. Sebagai contohnya iaitu dari kawasan luar bilik ke dalam bilik perlu dipastikan struktur atap berfungsi sebagai penyambung laluan pejalan kaki. Kanak-kanak boleh berjalan dari luar ke dalam bilik tanpa menggunakan tangga. Atap yang dibina memberi perlindungan matahari dan angin. Biasanya, atap atas dibina pintu berkunci dan pagar keselamatan minimum 6 kaki.

4. Landskap
Penggunakan landskap tumbuhan hijau adalah bersesuaian bagi membentuk suasana persekitaran yang selesa dari segi saiz dan rekabentuk. Tapak yang rata boleh diubahsuai menjadikan ruangan permainan yang bervariasi. Sebagai contoh, bukit kecil dibina dan dilitupi oleh rumput. Keadaan ini akan mendorong kanak-kanak menggunakan kemahiran psikomotor seperti mendaki, menggelungsur, berguling dan bermain. Ketinggian minimum adalah 4-5 kaki tinggi (200-400 kaki persegi) dengan lerengan 1:3, 1:4, 1: 5 disyorkan untuk kawasan pra sekolah.

5. Kawasan berlindung dan perparitan
Ruang untuk berlindung mestilah terdapat beranda, ditutupi atau semi beranda, “shell gazebo” atau “band” untuk bermain seperti gudang, sebuah gubuk, yang bersandar, dan ruang kegiatan berbumbung Selain itu, kawasan tersebut mestilah mempunyai saliran yang sesuai sejurus selepas hujan. Material seperti kayu merupakan permukaan yang baik digunakan untuk lantai dan proses pengeringan lebih cepat.

Mencipta ruang persekitaran yang selesa dan selamat di luar bilik darjah bagi kanak-kanak taska (0-4 tahun) dapat dicapai dengan menggunakan bahan yang asas, kreativiti, masa dan usaha. Tidak kira besar atau kecil sesebuah taman permainan, permainan luar bilik darjah merupakan bahagian yang penting untuk menggalakkan kanak-kanak menerokai alam seterusnya membantu dalam proses pembangunan kemahiran psikomotor mereka. Ruang permainan yang disediakan perlu dipastikan selamat dan memudahkan kerja pengawasan dan pemantauan. Berikut merupakan ruang permainan yang perlu bagi kanak-kanak pra sekolah (Anita Rui Olds, 2001).


No comments:

Post a Comment