Wednesday, 18 April 2012

Keperluan Ruang untuk TASKA


Keperluan bagi TASKA adalah berbeza dengan keperluan ruang di Tadika. Ini kerana, keperluan umur mereka yang berbeza. Entri kali ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam proses penyediaan proposal.


Taska merupakan singkatan daripada ‘Taman Asuhan Kanak-kanak’. Mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 seksyen 2 mentakrifkan Pengurusan Taska sebagai mana-mana premis yang masuk 4 orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, lebih dari satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. Di bawah Seksyen 5 akta yang sama membahagikan taska kepada 2 kategori iaitu TASKA rumah yang menerima kurang dari 10 orang kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Ruang Dapur dan Penyediaan Makanan
Mengikut buku Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Fizikal oleh PERMATA NEGARA, ruang dapur bagi sesebuah taska mestilah dengan keluasan minima (10’X10’).  Penyediaan makanan pula mempunyai dua kaedah iaitu penyediaan memasak atau penyediaan makanan oleh pembekal.  Walau apapun cara penyediaannya, sesebuah dapur hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan dapur seperti :

·        Kabinet pasang siap kekal (built in cabinet) bahagian bawah dari bahan kayu keras MDF Board serta aksesori.
·        Kitchen top dengan kemasan jubin tahan lasak.
·        Sinki berkembar dengan 2 paip air.
·        Rangka pintu kabinet bawah hendaklah 6 inci dari paras lantai.
·        Kabinet pasang siap atas berpara dan berpintu cermin.
·        Dapur (hob) dan penyedut asap dapur (hood) siap terbina.

Ruang Bilik Air

Menurut Anita Rui Olds (2001), terdapat 2 komponen utama yang ada di dalam ruang bilik air iaitu tandas dan tempat menyalin lampin/pakaian (diapering area).  Berikut contoh gambarajah ruang bilik air bagi taska:



Tandas
Sekurang-kurangnya terdapat dua buah tandas kanak-kanak iaitu dua tandas cangkung atau dua tandas duduk atau satu tandas duduk dan satu tandas cangkung. Ini adalah bagi membolehkan dua orang kanak-kanak ‘duduk’ atau menggunakannya pada masa yang sama.



Tandas haruslah mudah digunakan oleh kanak-kanak agar mereka dapat melihat rakan-rakan lain yang bermain berbanding rasa menyendiri atau diabaikan dari aktiviti kumpulan. Kebiasaannya, tandas kanak-kanak berukuran 11 inci tinggi atau tandas biasa dengan tangga @ adjustable seat. Kanak-kanak kurang upaya pula sesuai menggunakan potty chair  (Anita Rui Olds, 2001).






 

Diapering Area          

Diapering adalah merujuk kepada aktiviti menyalin lampin dan pakaian bagi bayi atau infant (berusia kurang 12 bulan).




Ruang Luar / Ruang Permainan

  Menurut Anita Rui Olds (2001), mengenai ruang luar adalah bergantung kepada   
  ciri-ciri berikut.

1. Keperluan keluasan kaki persegi
Setiap kanak-kanak layak diberikan ruang luar bilik untuk bermain dengan gembira. Kebanyakkan negara memerlukannya dan ruang standard yang ditetapkan oleh NAEYC iaitu 75 kaki persegi minimum/individu pada satu-satu masa. Namun, 100-200 kaki persegi/individu adalah lebih baik dan bersesuaian mengikut faktor cuaca yang baik. Bagi taska yang mempunyai ruang luar taska yang minimum, APHA menetapkan pada Panduan AAP membolehkan pengecualian iaitu bagi bayi (0-18bulan) keluasan minimum adalah 33 kaki persegi manakala untuk bayi (18-24 bulan) minimum adalah 50 kaki persegi. Pemilihan lokasi alternatif  juga digalakkan sekiranya perlu.

2. Lokasi alternatif
Semakin pendek jarak pejalan kaki, semakin luas kawasan yang diperlukan bagi membantu memastikan kanak-kanak dapat bermain diluar bilik dan mereka tidak terkecuali dari faktor cuaca dan persekitaran. Taska desa biasanya menggunakan laman luar berasaskan kebun, rumah kaca, hutan, tepi tasik dan taman rekreasi sebagai kawasan luar mereka berbeza taska di bandar menggantikan ruang luar seperti muzium, taman-taman, zoo, tempat-tempat menarik seperti sejarah atau etnik berfungsi sebagai peranan yang sama.

3. Ruangan peralihan
Ruangan peralihan di antara dalam bilik dan luar bilik bergantung kepada keberkesanan ruang bermain di luar bilik dengan dalam bilik. Sebagai contohnya iaitu dari kawasan luar bilik ke dalam bilik perlu dipastikan struktur atap berfungsi sebagai penyambung laluan pejalan kaki. Kanak-kanak boleh berjalan dari luar ke dalam bilik tanpa menggunakan tangga. Atap yang dibina memberi perlindungan matahari dan angin. Biasanya, atap atas dibina pintu berkunci dan pagar keselamatan minimum 6 kaki.

4. Landskap
Penggunakan landskap tumbuhan hijau adalah bersesuaian bagi membentuk suasana persekitaran yang selesa dari segi saiz dan rekabentuk. Tapak yang rata boleh diubahsuai menjadikan ruangan permainan yang bervariasi. Sebagai contoh, bukit kecil dibina dan dilitupi oleh rumput. Keadaan ini akan mendorong kanak-kanak menggunakan kemahiran psikomotor seperti mendaki, menggelungsur, berguling dan bermain. Ketinggian minimum adalah 4-5 kaki tinggi (200-400 kaki persegi) dengan lerengan 1:3, 1:4, 1: 5 disyorkan untuk kawasan pra sekolah.

5. Kawasan berlindung dan perparitan
Ruang untuk berlindung mestilah terdapat beranda, ditutupi atau semi beranda, “shell gazebo” atau “band” untuk bermain seperti gudang, sebuah gubuk, yang bersandar, dan ruang kegiatan berbumbung Selain itu, kawasan tersebut mestilah mempunyai saliran yang sesuai sejurus selepas hujan. Material seperti kayu merupakan permukaan yang baik digunakan untuk lantai dan proses pengeringan lebih cepat.

Mencipta ruang persekitaran yang selesa dan selamat di luar bilik darjah bagi kanak-kanak taska (0-4 tahun) dapat dicapai dengan menggunakan bahan yang asas, kreativiti, masa dan usaha. Tidak kira besar atau kecil sesebuah taman permainan, permainan luar bilik darjah merupakan bahagian yang penting untuk menggalakkan kanak-kanak menerokai alam seterusnya membantu dalam proses pembangunan kemahiran psikomotor mereka. Ruang permainan yang disediakan perlu dipastikan selamat dan memudahkan kerja pengawasan dan pemantauan. Berikut merupakan ruang permainan yang perlu bagi kanak-kanak pra sekolah (Anita Rui Olds, 2001).


Thursday, 12 April 2012

bangga dengan EARLY CHILDHOOD EDUCATION

Bangga?? bukan bangga yg menggambarkan kita bongkak atau sombong.. tetapi bangga yang positif. Mungkin ada antara kita yang kadang kala dipandang serong kerana memilih EARLY CHILDHOOD EDUCATION sebagai bidang tumpuan di universiti... dan saya masih teringat akan senyuman sinis beberapa orang apabila tahu yg course ini sebenarnya open market =P

mungkin mata masyarakat kita belum lagi terbuka luas tentang kepentingan pendidikan awal ini. Maka tak hairanlah golongan terpelajar pun memandang enteng akan kursus ini. Saya sebagai seorang pelajar, anak, isteri, kakak, adik, menantu, anak saudara dan beberapa jawatan lain lagi, terasa amat bangga kerana diberi hidayah dan terbuka hati memilih kursus ini. Kerana? saya dapat berkongsi kepentingan EARLY CHILDHOOD EDUCATION ini dengan mereka2 yg rapat dengan saya =)


cerita 1:

masih teringat akan kisah atok mertua yg bijak berceloteh mengenai EARLY CHILDHOOD EDUCATION. atok tahu yg cucu menantu dia ni ambil degree EARLY CHILDHOOD EDUCATION. Atok dah pandai bercerita tentang education, memberi pendapat tentang cikgu tadika Ke*** yg hari2 pergi tadika dok basuh kereta bkn mengajar. Hari tu atok cerita yg cikgu tu dh diberhentikan kerana tak lulus exam kelayakan. Atok sekarang dh tahu yg pentingnya didikan awal ini, dan tugas guru tadika bukan sesenang yg difikirkan.

moral :- kita mampu mengubah pemikiran serta memberi info berguna kepada masyarakat. Mungkin sy bercerita hanya dengan seorang atok yg berumur 65tahun. Tapi kesannya sangat besar kerana atok akan bercerita di kedai kopi mungkin. Dan semestinya berbual kosong menjadi perbualan berilmiah. Kita sebenarnya  mampu mengubah pemikiran masyarakat khususnya kaum MELAYU. Masyarakat perlu tahu yg, di luar negara, EARLY CHILDHOOD EDUCATION dan GURU TADIKA dari golongan bijak pandai..dan bukan lepasan SPM. 



KITA MAMPU MENGUBAHNYA



Wednesday, 11 April 2012

19 Mac 2012 (Isnin)


Saya dan KhairulLiyana ke tadika di Sg.Buloh. Tujuan  murni kami adalah untuk menyiapkan tugasan Mathematics For Young Children. Selepas mendapat doa, restu dan keredhaan dari ahli kumpulan yg lain, mereka setuju jika kami berdua je ke tadika tersebut. Ini kerana masalah kekangan masa dan mmg tiada masa untuk pergi ke tadika bersama-sama. Dengan semangat yang berkobar-kobar, bertolak dari Sepang pukul 6.30 pagi dan tiba di Sg.Buloh tepat 8.30pagi. Tiba di Sg. Buloh, kami terus ke tadika berhampiran.
Okeh! First impression tgk cikgu dia hati dah berbisik something wrong somewhere hihi. Cikgunya seakan terkejut dgn kunjungan mengejut kami. Tapi itu bkn persoalan. Sebelum2 ni, tadika n taska sambut kami ok je. Tiada riak takut mahupun janggal dengan ketibaan kami.
Melihat persekitaran tadika, hati macam terkedu. Seorang cikgu yang kelihatan mengawasi murid yang seramai 20 orang lebih kurang. Agak merbahaya dibiarkan bermain tanpa pengawasan. Bila nmpk cikgu kami terus bagi salam dan nyatakan tujuan kami ke tadika tersebut… cikgu tadika tu mntk masa untuk inform kat pengurus.. ambil masa lebih kurang 15 minit dan keputusannya kami perlu datang hari lain. OKEH!!


Balik TM dan terus search ….banyak perkara perlu tahu sebelum buka tadika =)

 

Tatacara Penubuhan Prasekolah Swasta (Tadika)


Lokasi
Sebuah tadika hendaklah berada di kawasan yang kondusif untuk pengajaran, pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak mengikut kriteria-kriteria berikut:
  • Tempat yang selamat daripada risiko kemalangan dan kecederaan dan   terjamin keselamatan,
  • Jauh dari pusat hiburan,
  • Udaranya bersih dan nyaman,
  • Tidak diganggu oleh pencemaran bunyi dan
  • Mendapat kebenaran bertulis jiran terdekat jika premis di kawasan perumahan – jiran bersebelahan, hadapan dan belakang (kiri dan kanan) premis
Premis
  • Tiap-tiap premis hendakalah diperiksa dan disokong penggunaannya oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan khususnya, Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.
  • Tingkat bawah adalah digalakkan tetapi bangunan bertingkat-tingkat boleh diperitmbangkan sekiranya ia memenuhi piawaian keselamatan berhubung dengan tangga, beranda dan pintu kecemasan dan apa-apa peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
  • Bangunan tadika hendaklah di dalam keadaan baik, bersih, cantik dan dicat di luar dan di dalam supaya kelihatan menarik dan sesuai bagi perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.
  • Syor pihak berkuasa tempatan mengenai bilangan kanak-kanak untuk setiap bilik darjah/kelas dipatuhi.
  • Tiap-tiap tadika hendaklah mempunyai ruang yang mencukupi untuk sudut-sudut pembelajaran, pelbagai jenis permainan dan sukan, kemudahan-kemudahan rehat dan tandas dengan mengambilkira bilangan dan umur kanak-kanak.
  • Kegunaan kontena sebagai bilik darjah tidak dibenarkan.
  • Kemudahan-kemudahan pendidikan khas diadakan jika ada kanak-kanak kurang upaya.
  • Premis agama boleh dipertimbangkan tetapi ini tidak termasuk tempat khas beribadat.
  • Premis tadika tidak boleh dijadikan tempat tinggal.
Keselamatan
  • Bangunan tadika hendaklah dalam keadaan selamat dan bahan binaannya bukan daripada bahan mudah bakar.
  • Hendaklah mengadakan sekurang-kurangnya 2 buah pintu keluar bangunan dan pintu tersebut hendaklah mudah dibuka tanpa halangan.
  • Jerajak besi yang dipasang di tingkap bilik hendaklah boleh dibuka jika berlaku kecemasan/kebakaran.
  • Dapur hendaklah diasingkan, terutama apabila menggunakan LP Gas.
  • Alat pemadam api hendaklah diadakan mengikut syor Jabata Bomba dan Penyelamat.
  • Perabot, alat permainan dan bahan-bahan lain yang digunakan tidak membahayakan.
  • Semua punca kunci elektrik hendaklah sama ada tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau dilindungi secukupnya.
  • Kolam renang atau tempat yang boleh menampung air hendaklah dalamnya mengikut ukuran yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Kawasan tersebut berpagar.