Madam Putri
telah memberi tugasan untuk menyediakan satu poster bagi melengkapkan proposal
pembukaan tadika@taska, jadi entri kali ini saya mahu berkongsi tips membuat
poster. Semoga kita mendapat manfaat dan memudahkan kita semua dalam mencari
idea membuat poster nanti. =)
7 tips dalam pembikinan poster
1)
Cara mendapatkan perhatian
Mencari kekuatan yang ada di tadika@taska anda yang membuatkan sesiapa yang melihatnya akan
meluangkan masa untuk membacanya.
2)
Sederhana
Menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan dapat menyampaikan
maklumat. Ingat!! Ini poster dan bukan novel.
3)
Tulisan besar dan jelas
Tulisan yang bersesuaian dengan saiz poster dan boleh dibaca dari jauh. Tidak
perlu menggunakan tulisan yang sukar dibaca walaupun cantik.
4)
Maklumat lengkap
Mengandungi maklumat lengkat tadika@taska anda seperti nama tadika@taska,
lokasi, yuran, program yang ditawarkan, masa beroperasi, tarikh pendaftaran, no
telefon dll.
(Anda boleh bertanyakan kepada beberapa orang awam pendapat mereka
mengenai poster anda, mungkin ada yang kita terlepas pandang, tetapi mereka perlukan
maklumat tersebut. Ini menyelamatkan anda)
5)
Pemilihan warna yang tepat
Pemilihan warna amat penting agar poster anda tidak janggal. Belajar menyesuaikan
warna antara tulisan dan latarbelakang poster.
6)
Seimbang
Poster yang direka harus seimbang. Jangan terlalu berat dengan informasi
di sebahagian poster sahaja tetapi cuba susun atur keseluruhan informasi dan
ganbar supaya menjadi seimbang.
7)
Mengikut peraturan
Tidak mengabaikan peraturan asas dalam membuat poster adalah jaminan
kejayaan poster anda. Ingat!! Poster tersebut melambangkan identity tadika
@taska anda. Jadi, jangan abaikan sekiranya terdapat sedikit kesalahan walaupun
hanya satu huruf.
jom layan poster yang boleh kita jadikan idea
inginkan yang lebih segar? kupaslah sendiri hehe =P
No comments:
Post a Comment