Keperluan bagi TASKA adalah berbeza dengan keperluan ruang di Tadika. Ini kerana, keperluan umur mereka yang berbeza. Entri kali ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam proses penyediaan proposal.
Taska merupakan singkatan daripada ‘Taman Asuhan Kanak-kanak’.
Mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 seksyen 2 mentakrifkan Pengurusan
Taska sebagai mana-mana premis yang masuk 4 orang atau lebih kanak-kanak di
bawah umur 4 tahun, lebih dari satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. Di
bawah Seksyen 5 akta yang sama membahagikan taska kepada 2 kategori iaitu TASKA
rumah yang menerima kurang dari 10 orang kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
Ruang
Dapur dan Penyediaan Makanan
Mengikut
buku Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Fizikal oleh PERMATA NEGARA, ruang
dapur bagi sesebuah taska mestilah dengan keluasan minima (10’X10’). Penyediaan makanan pula mempunyai dua kaedah
iaitu penyediaan memasak atau penyediaan makanan oleh pembekal. Walau apapun cara penyediaannya, sesebuah
dapur hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan dapur seperti :
·
Kabinet pasang siap kekal (built in cabinet) bahagian bawah dari bahan kayu keras MDF Board
serta aksesori.
·
Kitchen
top dengan kemasan jubin tahan lasak.
·
Sinki berkembar dengan 2 paip air.
·
Rangka pintu kabinet bawah hendaklah 6 inci dari
paras lantai.
·
Kabinet pasang siap atas berpara dan berpintu
cermin.
·
Dapur (hob)
dan penyedut asap dapur (hood) siap
terbina.
Ruang
Bilik Air
Menurut
Anita Rui Olds (2001), terdapat 2 komponen utama yang ada di dalam ruang bilik
air iaitu tandas dan tempat menyalin lampin/pakaian (diapering area). Berikut
contoh gambarajah ruang bilik air bagi taska:
Tandas
Sekurang-kurangnya
terdapat dua buah tandas kanak-kanak iaitu dua tandas cangkung atau dua tandas
duduk atau satu tandas duduk dan satu tandas cangkung. Ini adalah bagi
membolehkan dua orang kanak-kanak ‘duduk’ atau menggunakannya pada masa yang
sama.
Tandas
haruslah mudah digunakan oleh kanak-kanak agar mereka dapat melihat rakan-rakan
lain yang bermain berbanding rasa menyendiri atau diabaikan dari aktiviti
kumpulan. Kebiasaannya, tandas kanak-kanak berukuran 11 inci tinggi atau tandas
biasa dengan tangga @ adjustable seat. Kanak-kanak kurang upaya pula sesuai menggunakan potty
chair (Anita Rui Olds, 2001).
Diapering Area
Diapering adalah merujuk kepada aktiviti
menyalin lampin dan pakaian bagi bayi atau infant
(berusia kurang 12 bulan).
Ruang Luar / Ruang Permainan
Menurut Anita Rui Olds (2001), mengenai ruang luar adalah bergantung
kepada
ciri-ciri berikut.
1. Keperluan keluasan kaki
persegi
Setiap kanak-kanak layak diberikan ruang luar bilik untuk bermain dengan
gembira. Kebanyakkan negara memerlukannya dan ruang standard yang ditetapkan
oleh NAEYC iaitu 75 kaki persegi minimum/individu pada satu-satu masa. Namun,
100-200 kaki persegi/individu adalah lebih baik dan bersesuaian mengikut faktor
cuaca yang baik. Bagi taska yang mempunyai ruang luar taska yang minimum, APHA
menetapkan pada Panduan AAP membolehkan pengecualian iaitu bagi bayi
(0-18bulan) keluasan minimum adalah 33 kaki persegi manakala untuk bayi (18-24
bulan) minimum adalah 50 kaki persegi. Pemilihan lokasi alternatif juga digalakkan sekiranya perlu.
2. Lokasi alternatif
Semakin pendek jarak pejalan kaki,
semakin luas kawasan yang diperlukan bagi membantu memastikan kanak-kanak dapat
bermain diluar bilik dan mereka tidak terkecuali dari faktor cuaca dan
persekitaran. Taska desa biasanya menggunakan laman luar berasaskan kebun,
rumah kaca, hutan, tepi tasik dan taman rekreasi sebagai kawasan luar mereka
berbeza taska di bandar menggantikan ruang luar seperti muzium, taman-taman,
zoo, tempat-tempat menarik seperti sejarah atau etnik berfungsi sebagai peranan
yang sama.
3. Ruangan peralihan
Ruangan peralihan di
antara dalam bilik dan luar bilik bergantung kepada keberkesanan ruang bermain
di luar bilik dengan dalam bilik. Sebagai contohnya iaitu dari kawasan luar bilik ke dalam bilik perlu dipastikan
struktur atap berfungsi sebagai penyambung laluan pejalan kaki. Kanak-kanak
boleh berjalan dari luar ke dalam bilik tanpa menggunakan tangga. Atap yang
dibina memberi perlindungan matahari dan angin. Biasanya, atap atas dibina pintu
berkunci dan pagar keselamatan minimum 6 kaki.
4. Landskap
Penggunakan landskap tumbuhan hijau
adalah bersesuaian bagi membentuk suasana persekitaran yang selesa dari segi
saiz dan rekabentuk. Tapak yang rata boleh diubahsuai menjadikan ruangan permainan
yang bervariasi. Sebagai contoh, bukit kecil dibina dan dilitupi oleh rumput.
Keadaan ini akan mendorong kanak-kanak menggunakan kemahiran psikomotor seperti
mendaki, menggelungsur, berguling dan bermain. Ketinggian minimum adalah 4-5
kaki tinggi (200-400 kaki persegi) dengan lerengan 1:3, 1:4, 1: 5 disyorkan
untuk kawasan pra sekolah.
5. Kawasan berlindung dan
perparitan
Ruang untuk berlindung
mestilah terdapat beranda, ditutupi atau semi beranda, “shell gazebo” atau
“band” untuk bermain seperti gudang, sebuah gubuk, yang bersandar, dan ruang
kegiatan berbumbung Selain itu, kawasan tersebut mestilah mempunyai saliran
yang sesuai sejurus selepas hujan. Material seperti
kayu merupakan permukaan yang baik digunakan untuk lantai dan proses
pengeringan lebih cepat.
Mencipta ruang
persekitaran yang selesa dan selamat di luar bilik darjah bagi kanak-kanak
taska (0-4 tahun) dapat dicapai dengan menggunakan bahan yang asas, kreativiti,
masa dan usaha. Tidak kira besar atau kecil sesebuah taman permainan, permainan
luar bilik darjah merupakan bahagian yang penting untuk menggalakkan
kanak-kanak menerokai alam seterusnya membantu dalam proses pembangunan
kemahiran psikomotor mereka. Ruang permainan yang disediakan perlu dipastikan
selamat dan memudahkan kerja pengawasan dan pemantauan. Berikut merupakan ruang permainan yang
perlu bagi kanak-kanak pra sekolah (Anita Rui Olds, 2001).
No comments:
Post a Comment