Saya dan KhairulLiyana ke
tadika di Sg.Buloh. Tujuan murni kami
adalah untuk menyiapkan tugasan Mathematics For Young Children. Selepas
mendapat doa, restu dan keredhaan dari ahli kumpulan yg lain, mereka setuju
jika kami berdua je ke tadika tersebut. Ini kerana masalah kekangan masa dan
mmg tiada masa untuk pergi ke tadika bersama-sama. Dengan semangat yang
berkobar-kobar, bertolak dari Sepang pukul 6.30 pagi dan tiba di Sg.Buloh tepat
8.30pagi. Tiba di Sg. Buloh, kami terus ke tadika berhampiran.
Okeh! First impression tgk cikgu dia hati dah berbisik
something wrong somewhere hihi. Cikgunya seakan terkejut dgn kunjungan mengejut
kami. Tapi itu bkn persoalan. Sebelum2 ni, tadika n taska sambut kami ok je. Tiada
riak takut mahupun janggal dengan ketibaan kami.
Melihat persekitaran tadika, hati macam terkedu. Seorang
cikgu yang kelihatan mengawasi murid yang seramai 20 orang lebih kurang. Agak
merbahaya dibiarkan bermain tanpa pengawasan. Bila nmpk cikgu kami terus bagi salam
dan nyatakan tujuan kami ke tadika tersebut… cikgu tadika tu mntk masa untuk inform kat pengurus.. ambil masa lebih kurang 15 minit dan
keputusannya kami perlu datang hari lain. OKEH!!
Balik TM dan terus search ….banyak perkara perlu tahu sebelum buka tadika =)
Tatacara
Penubuhan Prasekolah Swasta (Tadika)
Lokasi
Sebuah
tadika hendaklah berada di kawasan yang kondusif untuk pengajaran, pembelajaran
dan perkembangan kanak-kanak mengikut kriteria-kriteria berikut:
- Tempat yang selamat daripada
risiko kemalangan dan kecederaan dan terjamin keselamatan,
- Jauh dari pusat hiburan,
- Udaranya bersih dan nyaman,
- Tidak diganggu oleh pencemaran
bunyi dan
- Mendapat kebenaran bertulis
jiran terdekat jika premis di kawasan perumahan – jiran bersebelahan,
hadapan dan belakang (kiri dan kanan) premis
- Tiap-tiap premis hendakalah
diperiksa dan disokong penggunaannya oleh pihak berkuasa tempatan yang
berkenaan khususnya, Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan Pihak Berkuasa
Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.
- Tingkat bawah adalah digalakkan
tetapi bangunan bertingkat-tingkat boleh diperitmbangkan sekiranya ia
memenuhi piawaian keselamatan berhubung dengan tangga, beranda dan pintu
kecemasan dan apa-apa peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh
pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
- Bangunan tadika hendaklah di
dalam keadaan baik, bersih, cantik dan dicat di luar dan di dalam supaya
kelihatan menarik dan sesuai bagi perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.
- Syor pihak berkuasa tempatan
mengenai bilangan kanak-kanak untuk setiap bilik darjah/kelas dipatuhi.
- Tiap-tiap tadika hendaklah
mempunyai ruang yang mencukupi untuk sudut-sudut pembelajaran, pelbagai
jenis permainan dan sukan, kemudahan-kemudahan rehat dan tandas dengan
mengambilkira bilangan dan umur kanak-kanak.
- Kegunaan kontena sebagai bilik
darjah tidak dibenarkan.
- Kemudahan-kemudahan pendidikan
khas diadakan jika ada kanak-kanak kurang upaya.
- Premis agama boleh
dipertimbangkan tetapi ini tidak termasuk tempat khas beribadat.
- Premis tadika tidak boleh
dijadikan tempat tinggal.
- Bangunan tadika hendaklah dalam
keadaan selamat dan bahan binaannya bukan daripada bahan mudah bakar.
- Hendaklah mengadakan
sekurang-kurangnya 2 buah pintu keluar bangunan dan pintu tersebut
hendaklah mudah dibuka tanpa halangan.
- Jerajak besi yang dipasang di
tingkap bilik hendaklah boleh dibuka jika berlaku kecemasan/kebakaran.
- Dapur hendaklah diasingkan, terutama
apabila menggunakan LP Gas.
- Alat pemadam api hendaklah
diadakan mengikut syor Jabata Bomba dan Penyelamat.
- Perabot, alat permainan dan
bahan-bahan lain yang digunakan tidak membahayakan.
- Semua punca kunci elektrik
hendaklah sama ada tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau dilindungi
secukupnya.
- Kolam renang atau tempat yang
boleh menampung air hendaklah dalamnya mengikut ukuran yang diluluskan
oleh pihak berkuasa tempatan. Kawasan tersebut berpagar.
nak lebih info http://swastajpnpahang.webs.com/tatacaratadika.htm
No comments:
Post a Comment