Friday 27 April 2012

KAJIAN PASARAN SEBELUM MEMBUKA PERNIAGAAN TADIKA @ TASKA



Kajian tentang kewujudan pasaran perlu dibuat terlebih dahulu bagi memberi gambaran menyeluruh mengenai pasaran lokasi yang telah dipilih.

          1.    Perkara yang mesti dikaji dalam fasa pertama

·       Profil isi rumah dalam lingkungan 10km iaitu jumlah family, pecahan mengikut bangsa dan data penduduk mengikut umur
·       Profil persaingan – kewujudan tadika lain atau tadika sedia ada. Konsep pembelajaran , kelebihan dan kekurangan pesaing boleh dikaji dengan menemuduga pelanggan.

          2.    Perincian Profil Pasaran

Memberi maklumat kepada pengusaha untuk membuat strategi perniagaan secara terperinci.
·       Pendapatan isi rumah mempengaruhi harga perkhimatan yang akan ditawarkan



Faktor yang diambil kira bagi memulakan 

Perniagaan Perkhidmatan

·       Populasi yang ramai berumur antara 4-6 tahun
·       Tiada persaingan langsung
·       Ada persaingan tetapi masih belum dapat memenuhi permintaan sepenuhnya
·       Terdapat persaingan tetapi hanya menawarkan konsep pembelajaran yang terhad
·       Terdapat persaingan, tetapi khusus untuk satu bangsa sahaja

*membuat kajian sebelum mengambil keputusan membuka tadika @ taska adalah penting bagi menjamin kejayaan penubuhan, selain dapat memenuhi permintaan penduduk setempat.

Tuesday 24 April 2012

ADVENTURE MATHS GAMES

Assignment Mathematics For Young Children 

~kami dikehendaki mencipta satu permainan yang berunsurkan Matematik untuk kanak-kanak.. Alhamdulillah setelah perbincangan dengan ahli kumpulan ... terhasil satu permainan yang diberi nama ADVENTURE MATHS GAME.

~terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang memberi kerjasama padu, bertungkus lumus menyiapkan permainan ini dan akhirnya lecturer berpuas hati, walaupun ada sedikit penambahbaikan perlu dilakukan bagi menjamin keberkesanan permainan ini. 

~kanak2 pun enjoy ms kami sekumpulan menjalankan permainan ini di Taska yang melibatkan kanak2 4tahun

~kredit to Khairul Liyana kerana edit video ini, kredit juga untuk zaia, lala dan ruby.


ADVENTURE MATHS GAMES




salah satu contoh belajar sambil bermain 







Wednesday 18 April 2012

Tips Membuat Poster


Madam Putri telah memberi tugasan untuk menyediakan satu poster bagi melengkapkan proposal pembukaan tadika@taska, jadi entri kali ini saya mahu berkongsi tips membuat poster. Semoga kita mendapat manfaat dan memudahkan kita semua dalam mencari idea membuat poster nanti. =)
                                 
7 tips dalam pembikinan poster

1)   Cara mendapatkan perhatian
Mencari kekuatan yang ada di tadika@taska anda  yang membuatkan sesiapa yang melihatnya akan meluangkan masa untuk membacanya.

2)   Sederhana
Menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan dapat menyampaikan maklumat. Ingat!! Ini poster dan bukan novel.

3)   Tulisan besar dan jelas
Tulisan yang bersesuaian dengan saiz poster dan boleh dibaca dari jauh. Tidak perlu menggunakan tulisan yang sukar dibaca walaupun cantik.

4)   Maklumat lengkap
Mengandungi maklumat lengkat tadika@taska anda seperti nama tadika@taska, lokasi, yuran, program yang ditawarkan, masa beroperasi, tarikh pendaftaran, no telefon dll.
(Anda boleh bertanyakan kepada beberapa orang awam pendapat mereka mengenai poster anda, mungkin ada yang kita terlepas pandang, tetapi mereka perlukan maklumat tersebut. Ini menyelamatkan anda)

5)   Pemilihan warna yang tepat
Pemilihan warna amat penting agar poster anda tidak janggal. Belajar menyesuaikan warna antara tulisan dan latarbelakang poster.

6)   Seimbang
Poster yang direka harus seimbang. Jangan terlalu berat dengan informasi di sebahagian poster sahaja tetapi cuba susun atur keseluruhan informasi dan ganbar supaya menjadi seimbang.

7)   Mengikut peraturan
Tidak mengabaikan peraturan asas dalam membuat poster adalah jaminan kejayaan poster anda. Ingat!! Poster tersebut melambangkan identity tadika @taska anda. Jadi, jangan abaikan sekiranya terdapat sedikit kesalahan walaupun hanya satu huruf.



jom layan poster yang boleh kita jadikan idea











inginkan yang lebih segar? kupaslah sendiri hehe =P


Keperluan Ruang untuk TASKA


Keperluan bagi TASKA adalah berbeza dengan keperluan ruang di Tadika. Ini kerana, keperluan umur mereka yang berbeza. Entri kali ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam proses penyediaan proposal.


Taska merupakan singkatan daripada ‘Taman Asuhan Kanak-kanak’. Mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 seksyen 2 mentakrifkan Pengurusan Taska sebagai mana-mana premis yang masuk 4 orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, lebih dari satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. Di bawah Seksyen 5 akta yang sama membahagikan taska kepada 2 kategori iaitu TASKA rumah yang menerima kurang dari 10 orang kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Ruang Dapur dan Penyediaan Makanan
Mengikut buku Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Fizikal oleh PERMATA NEGARA, ruang dapur bagi sesebuah taska mestilah dengan keluasan minima (10’X10’).  Penyediaan makanan pula mempunyai dua kaedah iaitu penyediaan memasak atau penyediaan makanan oleh pembekal.  Walau apapun cara penyediaannya, sesebuah dapur hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan dapur seperti :

·        Kabinet pasang siap kekal (built in cabinet) bahagian bawah dari bahan kayu keras MDF Board serta aksesori.
·        Kitchen top dengan kemasan jubin tahan lasak.
·        Sinki berkembar dengan 2 paip air.
·        Rangka pintu kabinet bawah hendaklah 6 inci dari paras lantai.
·        Kabinet pasang siap atas berpara dan berpintu cermin.
·        Dapur (hob) dan penyedut asap dapur (hood) siap terbina.

Ruang Bilik Air

Menurut Anita Rui Olds (2001), terdapat 2 komponen utama yang ada di dalam ruang bilik air iaitu tandas dan tempat menyalin lampin/pakaian (diapering area).  Berikut contoh gambarajah ruang bilik air bagi taska:



Tandas
Sekurang-kurangnya terdapat dua buah tandas kanak-kanak iaitu dua tandas cangkung atau dua tandas duduk atau satu tandas duduk dan satu tandas cangkung. Ini adalah bagi membolehkan dua orang kanak-kanak ‘duduk’ atau menggunakannya pada masa yang sama.



Tandas haruslah mudah digunakan oleh kanak-kanak agar mereka dapat melihat rakan-rakan lain yang bermain berbanding rasa menyendiri atau diabaikan dari aktiviti kumpulan. Kebiasaannya, tandas kanak-kanak berukuran 11 inci tinggi atau tandas biasa dengan tangga @ adjustable seat. Kanak-kanak kurang upaya pula sesuai menggunakan potty chair  (Anita Rui Olds, 2001).






 

Diapering Area          

Diapering adalah merujuk kepada aktiviti menyalin lampin dan pakaian bagi bayi atau infant (berusia kurang 12 bulan).




Ruang Luar / Ruang Permainan

  Menurut Anita Rui Olds (2001), mengenai ruang luar adalah bergantung kepada   
  ciri-ciri berikut.

1. Keperluan keluasan kaki persegi
Setiap kanak-kanak layak diberikan ruang luar bilik untuk bermain dengan gembira. Kebanyakkan negara memerlukannya dan ruang standard yang ditetapkan oleh NAEYC iaitu 75 kaki persegi minimum/individu pada satu-satu masa. Namun, 100-200 kaki persegi/individu adalah lebih baik dan bersesuaian mengikut faktor cuaca yang baik. Bagi taska yang mempunyai ruang luar taska yang minimum, APHA menetapkan pada Panduan AAP membolehkan pengecualian iaitu bagi bayi (0-18bulan) keluasan minimum adalah 33 kaki persegi manakala untuk bayi (18-24 bulan) minimum adalah 50 kaki persegi. Pemilihan lokasi alternatif  juga digalakkan sekiranya perlu.

2. Lokasi alternatif
Semakin pendek jarak pejalan kaki, semakin luas kawasan yang diperlukan bagi membantu memastikan kanak-kanak dapat bermain diluar bilik dan mereka tidak terkecuali dari faktor cuaca dan persekitaran. Taska desa biasanya menggunakan laman luar berasaskan kebun, rumah kaca, hutan, tepi tasik dan taman rekreasi sebagai kawasan luar mereka berbeza taska di bandar menggantikan ruang luar seperti muzium, taman-taman, zoo, tempat-tempat menarik seperti sejarah atau etnik berfungsi sebagai peranan yang sama.

3. Ruangan peralihan
Ruangan peralihan di antara dalam bilik dan luar bilik bergantung kepada keberkesanan ruang bermain di luar bilik dengan dalam bilik. Sebagai contohnya iaitu dari kawasan luar bilik ke dalam bilik perlu dipastikan struktur atap berfungsi sebagai penyambung laluan pejalan kaki. Kanak-kanak boleh berjalan dari luar ke dalam bilik tanpa menggunakan tangga. Atap yang dibina memberi perlindungan matahari dan angin. Biasanya, atap atas dibina pintu berkunci dan pagar keselamatan minimum 6 kaki.

4. Landskap
Penggunakan landskap tumbuhan hijau adalah bersesuaian bagi membentuk suasana persekitaran yang selesa dari segi saiz dan rekabentuk. Tapak yang rata boleh diubahsuai menjadikan ruangan permainan yang bervariasi. Sebagai contoh, bukit kecil dibina dan dilitupi oleh rumput. Keadaan ini akan mendorong kanak-kanak menggunakan kemahiran psikomotor seperti mendaki, menggelungsur, berguling dan bermain. Ketinggian minimum adalah 4-5 kaki tinggi (200-400 kaki persegi) dengan lerengan 1:3, 1:4, 1: 5 disyorkan untuk kawasan pra sekolah.

5. Kawasan berlindung dan perparitan
Ruang untuk berlindung mestilah terdapat beranda, ditutupi atau semi beranda, “shell gazebo” atau “band” untuk bermain seperti gudang, sebuah gubuk, yang bersandar, dan ruang kegiatan berbumbung Selain itu, kawasan tersebut mestilah mempunyai saliran yang sesuai sejurus selepas hujan. Material seperti kayu merupakan permukaan yang baik digunakan untuk lantai dan proses pengeringan lebih cepat.

Mencipta ruang persekitaran yang selesa dan selamat di luar bilik darjah bagi kanak-kanak taska (0-4 tahun) dapat dicapai dengan menggunakan bahan yang asas, kreativiti, masa dan usaha. Tidak kira besar atau kecil sesebuah taman permainan, permainan luar bilik darjah merupakan bahagian yang penting untuk menggalakkan kanak-kanak menerokai alam seterusnya membantu dalam proses pembangunan kemahiran psikomotor mereka. Ruang permainan yang disediakan perlu dipastikan selamat dan memudahkan kerja pengawasan dan pemantauan. Berikut merupakan ruang permainan yang perlu bagi kanak-kanak pra sekolah (Anita Rui Olds, 2001).